Thursday, January 5, 2012

berbaik sangka dengan Nya

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

amat menakutkan bila bace part celaka atau bahagia.and sometimes ppl might get confused and then argue with this point.is it true that all the results, the final ending destiny has been decided by the Almighty?so is it true that we cant change it hence all our efforts are meaningless?isu ni mmg sgt berat utk bgtahu org n memahamkan org..in fact, org islam sendiri mcm rebel bile diberitahu pasal hadis ini.mula la timbul soalan2 bahaye dalam kepale.cth yg pernah dengar mcm, sape rajin, die pndai la, mane ade pndai tibe2..sape x usaha x dapat lah..kalau da ditentukan kite x payah usaha la mcm tu..n bla3 lagi..

satu na ditekankan is, Allah tengok usaha kita bukan keputusan kita..Allah x pandang kite punye jawatan, pangkat langsung, tp Allah pndang all the efforts that we put to achieve that goal and is it based on His order or not..and disebabkan kita x pernah tahu ape keputusan kite, which is celaka atau bahagia, kite kene selalu berusaha seakan2 kite akan dpat bahagia tu.cth senang dalam match football la. kite x pernah tahu kite as a player ni akan menang or kalah..but we did lots of latihan dengan imagine yg kite akan menang n pegang trofi juara tu..same kan situasi die?tp yg lainnya, dlam match tu bile kite kalah kite mmg akan kene boo la kan..eheh tiada kaitan kui3.

and one more thing is , Allah x pernah kejam..Dia sgt la baik dan pemurah. in fact, dah ckp dalam al-quran yg minta la ape sahje kt Allah, akan ditunaikan..kalau x sekarang, nnti, kalau x pon, akan digantikan dengan sesuatu yg jauh lebih baik..sebab kite mmg mintak ape yg kita nk..tp Allah tu Maha Tahu, Dia akan bagi apa yg kite perlu.


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah 2:186)


dan dalam Al-quran ada jugak menyebut mengenai nasib..
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka" (ar-Ra`d:11)

so betulllah sape usaha cari n suap n kunyah makanan, die akan kenyang,betul x?cume nak cakap, jgn terlalu percaye, kite berjaya sebab uaha kite.itu da salah.and kite masuk syurga nnti (insha Allah) pon bukan sebab kita baik, bukan sebab kite paling alim dalam dunia..tp sebab rahmat Allah, kasih sayang Allah..sebab kalau nk dihitung semua pahala tu, x kan same dengan nikmat syurga Allah utk diberi sebagai balasan

dalam satu hadis qudsi, Allah swt berfirman:
Aku selalu mengikut sangkaan hambaku terhadapKu.Dan Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun kan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiku sepanjang sejengkal ,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya dengan berlari.


memang dah ditentukan nasib semua2 tuh, tp kalau asek fikir, kalau nasib kite da ditentukan celaka, mcm mane?so kalau da asek fikir celaka je, mmg Allah bg la bnda tu. Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.jadi, berbaik sangkalah dengan Allah, daan berusaha lah mendapat bahagia tu.jangan asek persoalkan sahaja.wallahualam.

No comments: