Saturday, May 30, 2009

"...memo untuk pesakit...."


kali ni dijentik oleh DR.Farhan Hadi Mohd Taib.

buat pesakit yg disayangi Allah,
catatan ini drpd ku,seorg doktor muda yg inginkan kebaikan utk dirimu. secebis pengalaman dr rutin seharian, kukongsi di sini utk renunganmu...

pagi itu aku memasuki wad perubatan am,selepas menunaikan solat subuh setelah bekerja semalaman on call di wad tersebut. semalam kumenyaksikan 2 org pesakit meninggal dunia secara mengejut. doktor hanya mampu berusaha, tiada kuasa apa2 utk menyembuhkan apatah lagi menahan ajal ssorg. Maha Kuasa Allah yg menghidupkan dan mematikan.

aku berusaha menjadikan subuhku segar bertenaga utk kebaikanmu pesakit, agar kalian menerima hak perkhidmatan berkualiti. mana mungkin bg sesorg doktor utk mencuaikan tugasnya yg melibatkan nyawa yg berharga...

bunyi ventilator dr katil 11 agak mmbingitkan telinga. rutin setiap pg doktor on call perlu mengambil darah2 pesakit di wad. ak menarik troli utk melaksanakan tugas ; lengkap dengan jarum, picagari, spirit, sarung tgn getah dan sebagainya.

"assalamualaikum tuan doktor,pak cik solat kejap ye," sapa seorg pesakit.

"baik pakcik," jawabku ringkas setelah menjawab salmnya. terkesan dihatiku melihat pakcik pesakit asma kronik ini, mengenakan kopiah di kepalanya berjalan ke surau dekat pintu masuk wad. Hj Taib namanya, seorg guru sekolah tahfiz di Kuala Krai. sakit yg diuji pada nya sedikit pun tidak melemahkan jiwanya utk bangkit dr katil, menyahut panggilan Allah.

Beruntunglah jiwa yg tetap mensyukuri Allah s.w.t walau apa jua ujian yg menimpa, sebagaimana Anas r.a meriwayatkan dlm sebuah hadis ma`ruf maksudnya :
"sesungguhnya besarnya pahala bergantung kepada besarnya cubaan. Jika Allah mencintai satu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cubaan. Sesiapa yg reda dgn cubaan tersebut, maka dia mendapat keredaan Allah dan sesiapa yg berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah."

aku dekati seorang pakcik yg berusia sekitar 60-an , utk mengambil drh dr lengan kirinya. Seorg pesakit radang paru2.

"pakcik dah solat?" aku menyapa, sekadar ingat memperingati pada kewajipan.

Selamba beliau menjawab, "Nak solat macam mana,doktor? ada jarum kat lengan ni hah, air wuduk x masuk." Muncung bibirnya menunding ke arah branula.

"Wuduklah setakat mana boleh. Kalu x boleh sgt, boleh bertayamum. kene solat dalam apa jua keadaan", ujarku.

"Lpas ni pakcik qada` la," sangkalnya. Sedihku lihat orang memberatkan dirinya sendiri sedangkan Islam agama yg memudahkan.

"Kalau x sempat qada` mcm mana??" aku meninggalkannya dengan persoalan semoga dia boleh berfikir.

Doktor seperti ku tidak boleh mmbuang masa. Masa x mengizinkan ak besembang lama. Tugas perlu diselesaikan secepat mungkin.

Katil sebelah dihuni oleh seorg pesakit kencing manis yg kronik. Kaki kanan nya baru 2 hari lepas dipotong kerana bernanah. Dia sedang nyenyak tidur.

"Assalamualaikum," tegurku sambil mengejutkannya. "pakcik dah solat?" tanya ku sambil mengambil darahnya.

"doktor tgklah sendri keadaan saya, mcm mana nak solat? satu badan sakit. Kaki pon baru dipotong, tak bersih lagi, " dia mengadu.

Simpati aku melihat kaki kanannya. berbalut dengan kesan tompokkan berwarna merah dan kuning bekas darah dan ubat.

"sakit pon kene solat juga pak cik, bahkan kene lebih dekat dengan Allah. tak kira sambil duduk atau baring, kita boleh solat." sekadar mengingatkannya.

"pakcik tau laa apa yg nak dibuat nnti, doktor. kan tgh sakit lagi ni. nak ambil wuduk pon x boleh dengan kaki berbalut mcm ni." AKu tersenyum dengan alasannya.

PAgi yg kulalui menyaksikan hampir semua pesakit di wad tidak melaksanakan solat subuh kecuali beberapa org sahaja. Rata-rata memberi alasan sakit dan tak boleh ambil wuduk. Ah, separah mana sakit yang menimpa, parah lagi kelalaian masyarakat pada hak Pencipta! Realiti didepan mataku membenarkan satu kenyataan; lebih 80% pesakit di hospital tidak melaksanakan solat.

wahai pesakit yang dirahmati,

Aku tertanya2 adakah sakit yang menghalangmu drpd mengingati dan mentaati Allah s.w.t? Jika itu alasanmu, ingatlah, tiada yg lebih skit melainkan NAbi Ayob a.s. Baginda diuji berupa pelbagai penyakit kulit hingga memudaratkan tubuhnya. Hinggakan ulat2 jijik merayap2. Tiada satu bahagin pon drpdnya yg bebas drpd penyakit itu. Hanya hati dan lidahnya sahaja yg tidak dijangkiti. BEginda memnfaatkannya utk berzikir, disamping terus mengucap syukur ke hadrat Allah.

Bandingkan sakitmu dengan sakit NAbi Ayub. Tiada alasan untuk bbirmu utk terus menghambakan diri kepada Pencipta. MAlah baginda bayak berdoa, "Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya, "(Ya Rabb), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yg Maha Penyayang antara semua penyayang." (Surah al-Anbiyaa`:83)

wahai pesakit,

Kenapa memilih utnuk menjauhkan diri drpd Allah sedangkan Allah mengujimu dengan sakit sebagai tanda cinta-Nya? Dia memberi peluang untuk sebuah pengampunan. HArgailah dengan mengeratkan hubunganmu dengan-Nya. Allah Taala berfirman ertinya, " Apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka disebabakan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan2 mu)." (Surah al-Syura:30) JAnji Allah cukup mempesonakan. Apa lagi yg mampu kupesan kepadamu wahai pesakit yang dicintai Allah s.w.t? Lunakkanlah hatimu, Sujudlah pada-Nya.

diciplak dr: MAJALAH SOLUSI ISU NO. 5 (M/S 78)

nota yang berkaki ----> kuat ke aku menjadi doktor cam die yg bleh tegur pesakit utk solat?? pdhal diri sendri pon masih lagi 'bertatih'




mismiza

6 comments:

a q i l a h said...

i.allah
sy yakin dgn dr mija nh
;pp ameen!

mija,nnt ak sket
ak dtg laa klinik ko k
;))

a t h e n said...

insya Allah

u can du it
mija buleyy

p/s:walamakkk.berlaptop br andaaa

miza said...

aiseh..tharu beta ade kwn2 cmni..hak3..

qila..kalo ak saket plak??

athen..lame da r lptop tuh...usia die da 5 bulan..cume sblm ni die segan nk di expose..ekekek

.:.nurhidayah.:. said...

mija,terharu dayah bace post ni.
dh nk kuar air mate.

sedey pun ade ble tgk realitinye.
itulah realiti,walau camner pun kite menidakkan

miza said...

btol3..iman ni senipis kulit bawang dibelah 198 kali..huhuhu~

soleh_hin said...

Insya Allah, tapi kena yakinkan diri, sematkan dalam hati dan mesti cuba untuk aplikasikan dalam kehidupan ini... Chaiyok....